Iran hilang kawalan Selat Hormuz - Rubio

Iran hilang kawalan Selat Hormuz – Rubio

MARCO RUBIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, mendakwa Iran kehilangan kawalan sepenuhnya terhadap Selat Hormuz ketika ekonomi negara itu terus berdepan tekanan akibat sekatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rubio berkata, aliran minyak melalui selat strategik berkenaan kini hampir kembali ke paras sebelum konflik bermula.

“Selat Hormuz terbuka. Aliran keluar minyak kini hampir sama banyak dengan sebelum konflik ini bermula.

“Jadi, mereka telah hilang kawalan sepenuhnya ke atas selat itu,” kata Rubio kepada pemberita semasa lawatan ke Athens hari ini.

Beliau berkata, ekonomi Iran turut terjejas akibat sekatan yang ‘melumpuhkan’, sehingga negara itu kini menghampiri keadaan yang jarang dialami negara lain di dunia.

Rubio turut mendakwa hasil kewangan yang diterima golongan ‘ulama Syiah radikal’ itu digunakan untuk membiayai Hizbullah dan Hamas.

“Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear, mudah sahaja, titik, tamat cerita,” katanya.

Menurut Rubio, sebarang perjanjian yang boleh diterima AS mestilah menjamin Iran tidak akan memiliki senjata nuklear.

Beliau mendakwa, Iran sebelum ini berusaha membangunkan keupayaan ketenteraan konvensional pada skala besar bagi memastikan negara itu sukar dikenakan tindakan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN