Guru tadika didakwa seleweng yuran berjumlah RM8,640 - Utusan Malaysia

Guru tadika didakwa seleweng yuran berjumlah RM8,640

SEORANG guru tadika didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini kerana melakukan pecah amanah yuran tadika berjumlah berjumlah RM8,640, empat tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang guru tadika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat dakwaan melakukan pecah amanah melibatkan yuran tadika berjumlah RM8,640, empat tahun lalu.

Tertuduh, Noraniza Mohd Husni @ Mohd Sabri, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Berdasarkan keempat-empat kertas pertuduhan, dia sebagai ketua cawangan sebuah tadika didakwa telah menyalahgunakan harta syarikat iaitu yuran tadika yang dibayar pelanggan berjumlah RM950 hingga RM4,930 di Jalan Adda 7, Taman Adda Heights di sini antara 9 Jun 2022 hingga 3 Oktober 2022.

Memuatkan artikel berkaitan…

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan tidak kurang daripada enam kali serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM8,000 sebelum menetapkan tarikh 3 November depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shamira Mohd. Luthfi Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Akmal Mazlan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN