Gangguan elektrik landa seluruh Sri Lanka

Gangguan elektrik landa seluruh Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sri Lanka mengalami gangguan bekalan elektrik di seluruh negara hari ini selepas grid kebangsaan terputus, dipercayai akibat penjanaan kuasa solar melebihi permintaan.

Gangguan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus lebih dua jam, namun pihak berkuasa belum dapat memastikan tempoh diperlukan untuk memulihkannya sepenuhnya.

Syarikat elektrik milik kerajaan, Electricity Distribution Lanka (EDL), berkata jurutera sedang berusaha membaiki kerosakan yang menjejaskan keseluruhan grid, dengan lebihan penjanaan tenaga solar dipercayai menjadi punca kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Tenaga, Anura Karunathilaka, berkata bekalan elektrik dijangka dipulihkan secara berperingkat.

Beliau turut meminta pemilik sistem solar atas bumbung memutuskan sambungan sistem masing-masing sehingga arahan lanjut bagi membantu usaha pemulihan bekalan.

Sri Lanka pernah mengalami kejadian serupa pada Februari 2025 apabila keseluruhan grid terputus susulan penjanaan tenaga solar melebihi permintaan.

Ketika itu, bekalan elektrik mengambil masa lebih enam jam untuk dipulihkan.

Sri Lanka mempunyai kapasiti terpasang tenaga solar melebihi 3,000 megawatt, manakala permintaan elektrik pada waktu siang dianggarkan antara 2,000 hingga 2,500 megawatt.

Pengecualian cukai yang ditawarkan menggalakkan pengguna beralih kepada tenaga solar dan menjual lebihan elektrik kepada grid.

Bagaimanapun, perkembangan itu mewujudkan ketidakseimbangan bekalan yang semakin sukar diuruskan oleh syarikat utiliti berkenaan.

Kerajaan menyasarkan peningkatan kapasiti penjanaan tenaga solar kepada hampir 4,400 megawatt dalam tempoh tiga tahun, iaitu kenaikan sebanyak 388 peratus berbanding 2024.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini