Siasatan juruterbang seludup dadah ke Indonesia diteruskan

Siasatan juruterbang seludup dadah ke Indonesia diteruskan

Menteri Hukum (Undang-undang) Republik Indonesia, Dr. Supratman Andi Agtas ketika sidang media program Pasti Ada Solusi di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), Kuala Lumpur di sini hari ini.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap juruterbang Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup dadah diteruskan polis negara itu.

Menteri Hukum (Undang-undang) Republik Indonesia, Dr. Supratman Andi Agtas berkata, sebelum ini kes itu dikendalikan Kastam dan Eksais Indonesia (Bea Cukai).

“Saya belum mengikuti itu. Biarkan proses undang-undangnya berjalan sekarang, yang dilakukan oleh rakan-rakan daripada Bea Cukai, kemudian sekarang sudah berjalan di pihak polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, siasatan terhadap juruterbang berkenaan masih berlangsung,” katanya dalam sidang akhbar di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di sini hari ini.

Sebelum ini, suspek didakwa mengaku sudah tiga kali menjadi kurier bagi rangkaian sindiket dadah antarabangsa.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dari Kuala Lumpur selepas pemeriksaan kastam menemukan kira-kira 25 kilogram (kg) dadah jenis MDMA (ekstasi) dan 2.7 gram syabu dalam bagasinya.

ADS:D

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang negara itu.

Pegawai Kastam Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Hengky Tomuan Parlindungan Aritonang berkata, juruterbang itu berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup di Indonesia atas kesalahan menyeludup lebih 70,000 pil ekstasi seberat 25kg dianggarkan bernilai RM45 juta.

Katanya, ujian air kencing mendapati dia positif methamphetamine, MDMA dan kokain. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN