Sri Aman catat IPU sangat tidak sihat

Sri Aman catat IPU sangat tidak sihat

JEREBU akibat kebakaran hutan menyelubungi kawasan penempatan di tebing Sungai Kahayan di Palangkaraya, Kalimantan Tengah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sri Aman merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 211 setakat pukul 2.30 petang ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 21 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat termasuk di Sarawak iaitu Serian (182), diikuti Sarikei (159), Kuching (157), Bintulu (120), Miri (116) dan Sibu (101).

Di Lembah Klang, dua kawasan di Kuala Lumpur mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Cheras (160) dan Batu Muda (152), manakala Putrajaya merekodkan bacaan 147.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Selangor pula, tiga kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia (152), Shah Alam (152) dan Petaling Jaya (126), selain Seremban, Negeri Sembilan (114).

Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai (158), Minden (158) dan Seberang Jaya (154).

Di Perak pula, Taiping mencatatkan bacaan tidak sihat dengan 155, diikuti Tasek Ipoh (150) dan Tanjung Malim (104).

Kedah pula merekodkan bacaan tidak sihat di Sungai Petani (154) dan Alor Setar (151). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN