Qabil Irfan kibar Jalur Gemilang di bumi Sepanyol

Qabil Irfan kibar Jalur Gemilang di bumi Sepanyol

QABIL Irfan mendominasi perlumbaan 1 dan 2 dalam aksi pembukaan musim bagi kategori ESBK Talent Cup pada Kejuaraan Superbike Sepanyol 2025 di Litar Jerez, Sepanyol, semalam. - Ihsan FB ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negaraku buat kali kedua berkumandang di bumi Sepanyol, selepas pelumba cilik Malaysia, Qabil Irfan Azlan sekali lagi mendominasi saingan untuk muncul juara perlumbaan 2 ESBK Talent Cup pada Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Jerez, Sepanyol, hari ini.

Qabil Irfan, 13, yang mewakili pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly melakar masa terpantas 26 minit 08: 299 saat (s) untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut dalam aksi pembukaan musim itu.

Anak jati Kuala Terengganu tersebut diberi tentangan cukup sengit oleh pelumba Sepanyol, Izan Rodriguez apabila kedua-duanya saling memintas di antara satu sama lain sepanjang 14 pusingan perlumbaan.

Namun, Qabil Irfan yang mempamerkan prestasi konsisten, mengambil keputusan berani memintas pencabar terdekatnya itu di selekoh pada pusingan akhir serta sekali gus meninggalkan Rodriguez yang terpaksa berpuas hati menghuni kedudukan kedua (+0.403s).

Rakan senegara Rodriguez iaitu Andres Garcia mengekalkan tempatnya di kedudukan ketiga (+12.562s) mengulangi pencapaian dalam perlumbaan 1.

Qabil Irfan ketika ditemu bual selepas perlumbaan tamat melahirkan rasa gembiranya setelah berjaya meraih kemenangan kedua dalam kategori ESBK Talent Cup yang baru diperkenalkan, musim ini.

“Saya gembira dengan kemenangan kedua ini, terima kasih kepada pasukan saya yang telah bekerja keras bagi memastikan jentera saya berada dalam keadaan terbaik sepanjang hujung minggu ini,” katanya yang memacu jentera Honda NSF 250R.

Semalam, Qabil Irfan turut mengibarkan Jalur Gemilang dalam perlumbaan 1 apabila dia mencatat masa terpantas 26:22.845s.

Rodriguez pula melengkapkan saingan di tangga kedua (+0.451s), manakala, Garcia berada di tempat ketiga (+14.290s).

Kejayaan yang dilakar Qabil Irfan itu meletakkan dia kini berada di tangga teratas dalam senarai keseluruhan pelumba ESBK Talent Cup setelah mengumpul 50 mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya