PPS ditutup, 613 keluarga dibenarkan pulang

PPS ditutup, 613 keluarga dibenarkan pulang

KEADAAN terkini PPS Dewan Masjid Putra Heights selepas pengosongan dibuat hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Sejumlah 613 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights dibenarkan pulang ke penginapan sementara atau kediaman masing-masing.

Pengerusi Bencana Daerah Petaling, Huzunul Khaidil Mohamed berkata, mangsa telah keluar secara berperingkat selepas makluman pengosongan PPS itu dibuat pada Khamis lalu.

“Jadi mereka semua telah membuat perancangan keluarga masing-masing. Ada yang berhajat untuk berpindah ke kediaman sendiri, ada yang menumpah rumah saudara, ada yang menyewa terus.

“Ada juga mangsa dan keluarga yang terus mengambil insentif yang diberikan oleh kerajaan iaitu penempatan inap desa daripada AirBnB dan juga ada yang ditaja oleh ahli parlimen untuk pindah ke hotel untuk sementara waktu.

“Untuk hari ini ada 60 keluarga yang masing-masing telah keluar yang terakhir keluar pada pukul 2 petang sebentar tadi,” katanya kepada pemberita di PPS berkenaan.

Huzunul turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat pengumuman rasmi berhubung penutupan PPS berkaitan insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas keprihatinan, sokongan dan doa yang berterusan kepada mangsa tragedi.

“Saya mewakili semua petugas dan agensi yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia atas segala bentuk bantuan. Tanpa sokongan bersama, segala urusan tidak akan semudah ini,” katanya.

Tambah beliau, kejayaan operasi ini merupakan hasil kerjasama erat pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penyelamat, pasukan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya