MRR2 arah Gombak ditutup penuh pada jam 10 malam

MRR2 arah Gombak ditutup penuh pada jam 10 malam

JALAN Lingkaran Tengah 2 (MRR2) KM22.2 – KM21.5 arah Gombak ke Lembah Keramat atau Ukay Perdana akan ditutup penuh mulai 9 April hingga 16 April ini bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) KM22.2 – KM21.5 arah Gombak ke Lembah Keramat atau Ukay Perdana akan ditutup penuh mulai 9 April hingga 16 April ini bermula dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

Pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) berkata, penutupan itu bagi melaksanakan kerja-kerja “Hacking” serta berkaitan.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan mematuhi papan tanda sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pengurusan Trafik bagi arah Gombak di MRR2.

“Ini bagi memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN