KBS dukacita di atas pemergian Datuk Wira Mazlan

KBS dukacita di atas pemergian Datuk Wira Mazlan

HANNAH Yeoh (dua dari kiri)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

Ucapan tersebut disampaikan menterinya, Hannah Yeoh yang menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat sukan negara.

“Bagi pihak KBS dan MSN, kita mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham, jasa beliau sebagai Ketua Pengarah MSN, kita hargai. Kita berharap ahli keluarganya tabah menghadapi dugaan ini,” katanya selepas Majlis Perasmian Program Pembangunan Sepak Takraw Negara (NSTDP) di sini hari ini.

Allahyarham adalah antara individu yang mewujudkan Program Jaya 98 yang menjadi teras perkembangan sukan di Malaysia.

Allahyarham turut memainkan tugas penting ketika Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2001 sebelum bersara pada 2005 dengan meninggalkan MSN dana sebanyak RM300 juta.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin turut berduka dan berkongsi sedikit pengalaman bersama Allahyarham seperti diberikan tanggungjawab untuk memimpin Unit Sukan Teras satu ketika dahulu.

“Beliau merupakan tokoh besar dalam arena sukan negara, beliau merupakan arkitek kepada program pembangunan sukan negara termasuk Program Jaya 98.

“Jasa beliau sangat besar dan saya rasa kehilangan beliau tidak dapat diisi oleh tokoh sukan negara yang lain,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya