Giliran Azizulhasni bergerak secara profesional

Giliran Azizulhasni bergerak secara profesional

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang (kanan) bercakap pada sidang akhbar status latihan beliau di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini. Turut sama, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuat pusingan U apabila keluar daripada persaraannya dan bergerak secara profesional di bawah Team Azizul.

Atlet berusia 37 tahun itu sebelum ini mengumumkan persaraannya selepas Olimpik Paris 2024 namun selepas keadaan mentalnya pulih, Azizulhasni mengubah keputusannya.

Azizulhasni menerima geran individu bernilai RM200,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk perbelanjaan selama dua tahun sehingga 2026.

Geran itu adalah persiapan Azizulhasni menghadapi Sukan Asia 2026 dan Sukan Komanwel 2026 yang meliputi perbelanjaan pengurusan jurulatih, pengurusan latihan dan pertandingan, pengurusan pusat, peralatan latihan serta sains perubatan sukan.

“Terima kasih kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN. Akhirnya saya kembali beraksi semula dan keluar daripada persaraan untuk bergerak secara profesional.

“Beberapa bulan selepas Olimpik Paris 2024, fikiran saya memang kosong. Pada masa sama saya masih berhubung dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan beliau banyak memberi nasihat malah tidak memberi tekanan kepada saya.

“Keduanya, adalah keluarga saya kerana bukan mudah untuk saya mendapat persetujuan daripada mereka namun keluarga tahu ini adalah minat saya,” katanya ketika ditemui pemberita di MSN Bukit Jalil hari ini.

Sementara itu, Hannah berkata pihak kementerian bersedia memberikan segala bantuan yang diperlukan kepada Azizulhasni sepanjang tempoh dua tahun tersebut.

“Dengan keputusan beliau untuk meneruskan latihan dan bertanding, Azizulhasni akan berusaha mempersiapkan dirinya bagi mengejar matlamat di temasya Sukan Asia di Aichi-Nagoya, Jepun serta Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya