Fadhlina syukur, bangga anak raih 8A

Fadhlina syukur, bangga anak raih 8A

FADHLINA Sidek ditemui pemberita selepas menyantuni pelajar yang menerima keputusan SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang, hari ini.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 KAJANG:  “Alhamdulillah, anak saya dapat keputusan SPM hari ini. Syukur, anak saya dapat 8A.”

Itulah luahan penuh syukur Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek apabila anak perempuannya, Sarah, berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Sarah merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang. Fadhlina berkongsi berita gembira itu ketika ditemui selepas meninjau sesi penyerahan keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang, hari ini.

Dalam catatan di Facebook, Fadhlina menzahirkan penghargaan kepada para guru, asatizah dan sahabat-sahabat anaknya yang menjadi tulang belakang kejayaan tersebut.

“Terima kasih buat semua guru dan asatizah yang mendidik Sarah. Begitu juga sahabat-sahabat karib Sarah yang sentiasa bersama Sarah dalam perjalanan ilmu ini. Begitu juga ahli keluarga kami yang sentiasa mendoakan Sarah.

“Untuk Sarah, terima kasih atas keputusan cemerlang ini. Mama dan Baba pulangkan kepada Sarah untuk pilihan langkah selanjutnya. Nampak gaya jika tidak pengajian Islam atau syariah pastilah undang-undang, macam Mama dan Baba juga,” katanya dalam Facebook.

Tahun ini, pencapaian SPM mencatatkan keputusan terbaik sejak 11 tahun lalu, dengan Gred Purata Nasional (GPN) 2024 meningkat kepada 4.49 berbanding 4.60 pada 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN