Ethan pertahan takhta, Adania raih emas remaja

Ethan pertahan takhta, Adania raih emas remaja

JUARA pemain boling muda lelaki, Ethan Damien Goh Chen Ming (kiri) dan juara pemain boling muda wanita, Adania Redwan (kanan) ketika bergambar pada Final Junior Master Kejohanan Boling Terbuka Malaysia Antarabangsa ke-43 di Sunway Megalanes Sunway Pyramid di sini, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Bintang boling remaja negara, Ethan Damien Goh Chen Ming terus membuktikan kehebatannya apabila berjaya mempertahankan kejuaraan di Kejohanan Boling Terbuka Malaysia 2025 di Sunway Megalanes, Subang Jaya, sebentar tadi.

Pemain berusia 15 tahun itu mengungguli saingan kategori remaja lelaki selepas mencatat 1,820 mata dalam lapan pusingan, menewaskan rakan sepasukan, Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan yang meraih 1,722 mata.

Walaupun memulakan saingan dengan rentak meyakinkan, Ethan hampir dikejutkan apabila mencatat hanya 147 mata pada pusingan terakhir yang hampir meranapkan impiannya.

Namun, kelebihan 98 mata hasil aksi konsisten dalam tujuh pusingan awal cukup untuk memastikan trofi kekal miliknya buat tahun kedua berturut-turut.

Dalam saingan remaja wanita, Adania Redwan muncul sebagai juara selepas mengetepikan cabaran sengit rakan sepasukan, Anis Hannani Romzi, dengan kutipan 1,840 mata berbanding 1,746 mata.

Mereka kini bersedia untuk turun dalam kategori terbuka lelaki dan wanita minggu depan untuk mara ke final sekali gus rebut tempat di podium. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya