Dua lelaki ditahan menyamar ejen keluarkan motosikal disita JSPT

Dua lelaki ditahan menyamar ejen keluarkan motosikal disita JSPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai menipu seorang lelaki dengan menyamar sebagai ejen yang menawarkan perkhidmatan mengeluarkan motosikal yang disita oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, mangsa mengalami kerugian lebih RM3,000 selepas menyerahkan wang dan telefon bimbit kepada suspek yang ditemuinya di luar Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

Katanya, motosikal mangsa disita dalam operasi JSPT di Jalan Tun Razak pada 5 April lalu kerana kesalahan pengubahsuaian kenderaan.

“Suspek menawarkan bantuan kononnya untuk menyelesaikan saman dan pembaharuan insurans. Mangsa menyerahkan wang tunai RM1,400 serta telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Max,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, suspek kemudian melarikan diri bersama barangan milik mangsa.

Susulan laporan polis, pihak JSPT menjalankan serbuan dan berjaya menahan dua lelaki termasuk dalang utama. 

Turut dirampas, telefon milik mangsa, borang sitaan PDRM, dadah jenis syabu dan sebuah kenderaan.

Mohd. Zamzuri menasihatkan orang ramai agar berurusan melalui saluran rasmi dan tidak mudah terpedaya dengan individu yang mendakwa boleh menyelesaikan urusan saman atau sitaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya