De Bruyne jadi wira kebangkitan City belasah Palace 5-2

De Bruyne jadi wira kebangkitan City belasah Palace 5-2

KEVIN De Bruyne. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Kevin De Bruyne membuktikan beliau masih berbisa apabila memimpin kebangkitan luar biasa Manchester City untuk membenam Crystal Palace 5-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad, hari ini.

Dua jaringan awal oleh Eberechi Eze dan Chris Richards hampir memalukan tuan rumah, namun semangat juang City yang kembali menyala menyaksikan mereka berpesta gol dengan lima jaringan balas.

De Bruyne membuka kebangkitan dengan sepakan percuma padu sebelum Omar Marmoush menyamakan kedudukan dalam separuh masa pertama yang penuh dramatik.

Mateo Kovacic menyempurnakan gerakan cemerlang yang dirancang De Bruyne untuk meletakkan City di hadapan sebaik babak kedua bermula.

Bintang muda, James McAtee dan Nico O’Reilly masing-masing mencatatkan nama sebagai penjaring, menambahkan ceria dalam perlawanan pertama De Bruyne di laman sendiri selepas umum bakal tinggalkan kelab.

Kecederaan yang menimpa penjaga gol Ederson menjadi satu-satunya titik hitam buat Pep Guardiola dalam aksi yang menyaksikan City naik ke tangga keempat liga.

Walaupun City kini kembali dalam kelompok Liga Juara-Juara, kedudukan mereka masih belum selamat dengan Chelsea dan Newcastle terus memberi tekanan.

Perlawanan ini turut mencatat sejarah apabila teknologi ofsaid separa automatik digunakan buat kali pertama dalam EPL, menyaksikan satu gol Palace dibatalkan selepas semakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya