BoA didesak mohon maaf - Utusan Malaysia

BoA didesak mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penyanyi dan pelakon, Kwon Bo-Ah didesak membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mengundang kemarahan ramai pihak  susulan kenyataan dangkalnya mengenai spekulasi percintaan membabitkan pelakon Jun Hyun Moo dan Park Na Rae.

Penyanyi itu, yang terkenal dengan nama pentas BoA, menerusi sesi live di media sosial baru-baru ini, secara terang-terangan menganggap Na Rae bukan perempuan yang baik untuk Hyun Moo.

“Anda (Hyun Moo) dan dia (Na Rae) tidak boleh bersama kerana anda terlalu baik untuknya,” kata BoA.

Respons tersebut timbul selepas salah seorang peminat bertanyakan mengenai sejauh mana kebenaran spekuasil percintaan antara Hyun Moo dan Na Rae ketika pelakon kacak itu mengadakan sesi live bersama BoA baru-baru ini.

BoA yang berada dalam keadaan mabuk ketika mengeluarkan kenyataan itu, tambah menyemarakkan kemarahan netizen apabila mengakui dia tidak mempedulikan perasaan Na Rae susulan kenyataan tersebut.

”Adakah anda pasti dengan apa yang anda katakan ini kerana kita sekarang sedang live di media sosial,” soal Hyun Moo.

”Saya tidak peduli,” balas BoA.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya