Ahli YAKEB dilindungi skim perubatan

Ahli YAKEB dilindungi skim perubatan

DATUK AHMAD SHAPAWI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua bekas atlet kebangsaan yang berdaftar di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) boleh menikmati skim kemudahan rawatan perubatan di hospital kerajaan sama seperti pesara perkhidmatan awam.

Pengerusi YAKEB, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata skim tersebut yang diluluskan sejak 2019 boleh dinikmati seramai 3,200 ahli bagi mendapatkan rawatan perubatan asas di semua hospital kerajaan.

Kata Shapawi, semua ahli YAKEB diberikan pengecualian caj perubatan ketika mendapatkan rawatan perkhidmatan di wad kelas kedua dengan hanya menunjukkan kad keahlian.

“Kalau ada apa-apa rawatan keperluan tambahan yang diperlukan oleh ahli YAKEB semasa menjalani rawatan di hospital kerajaan seperti perlu mendapatkan peralatan kerusi roda dan sebagainya, ia turut berada dalam skim itu.

“Alhamdulillah kerajaan telah luluskan satu kemudahan rawatan perubatan hospital kerajaan kepada ahli YAKEB ini pada 2019. Dengan membawa kad keahlian mereka boleh mendapat perkhidmatan sama seperti bekas pegawai kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shapawi berkata pihaknya akan sentiasa memberi bantuan kepada bekas pemenang emas acara 50 kilometer (KM) jalan kaki Sukan Komanwel 1998, G Saravanan yang menghidapi penyakit Motor Neuron Disease (MND) sejak 2021.

“Seperti kita sedia maklum, Saravanan sebelum ini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi rawatan susulan dan kini dia sudah pulang ke rumahnya di Pulau Pinang.

“Pelbagai bantuan bersasar mengikut keperluan diberikan kepadanya seperti membantunya mendapatkan kontrak kerjaya bersama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, mendapatkan pencen ilat PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan memberi elaun sara diri selama enam bulan bermula bulan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya