Aaron-Wooi Yik gegar pentas final BAC 2025

Aaron-Wooi Yik gegar pentas final BAC 2025

AARON Chia-Soh Wooi Yik menewaskan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-12, 21-14 pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengaum garang di bumi China apabila menyingkirkan juara bertahan dari negara Tembok Besar untuk menempah tiket ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, sebentar tadi.

Beregu No. 6 dunia itu tidak memberi ruang langsung kepada Liang Wei Keng-Wang Chang apabila melakar kemenangan meyakinkan 21-12, 21-14 dalam pertembungan separuh akhir yang berlangsung hanya 31 minit.

Aksi luar biasa mereka di Ningbo sekali gus menamatkan kemarau final BAC sejak penampilan pertama pada 2022.

Lebih mengujakan, ini adalah kemenangan ketiga Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan China itu selepas 11 kali pertemuan, sekali gus membuktikan mereka kini berada pada prestasi terbaik.

Beregu lelaki itu turut menamatkan penantian sejak November lalu untuk kembali ke final, selepas kali terakhir muncul juara di Korea Masters.

Aaron-Wooi Yik bakal berdepan sama ada Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia atau Chen Bo Yang-Liu Yi dari China dalam perhitungan akhir esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya