15 tahun berlalu, rasa baru semalam ayah 'pergi' - Fify Azmi - Utusan Malaysia

15 tahun berlalu, rasa baru semalam ayah ‘pergi’ – Fify Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU kata orang cinta pertama seorang anak perempuan adalah ayah mereka, itulah yang dirasakan pelakon, Fify Azmi. Sehingga usianya sudah beranjak dewasa sekali pun, dia akan menunggu ayah pulang dari kerja di depan pintu. Bukan itu sahaja, dia akan berkepit dengan ayah menaiki motor setiap petang untuk membeli pisang goreng.

Bercerita tentang lebaran, ayahnya, Mohamed Azmi, selalu menjadi orang yang paling teruja merangka aktiviti raya mereka sekeluarga. Sementara ibunya akan bertanggungjawab memilih baju raya warna sedondon dipakai mereka sekeluarga.

“Selalunya ayah yang buat semua. Lagi empat hari nak raya ayah akan bawa kami semua pergi beli-belah. Tiga hari sebelum raya pula kami akan pergi ziarah kubur. Ayah juga yang tentukan rumah siapa kami patut pergi dulu pada hari raya pertama, selalunya rumah mak cik di Damansara.

“Ayah pula memang kaki masak. Masakan dia yang paling semua orang tunggu setiap tahun ialah Mi Siam Singapura. Memang sedap, saya tidak jumpa lagi di Malaysia ada yang boleh masak sesedap ayah.

“Emak pula akan perah idea, fikir nak pakai baju raya warna apa,” ceritanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 34, tidak pernah menyangka kemeriahan sambutan hari raya keluarganya akan berhenti sebaik saya bapanya meninggal dunia ketika usianya mencecah 23 tahun.

Mohamed Azmi menghembuskan nafas yang terakhir akibat serangan asma di hadapan anak-anak selepas dua tahun terlantar di katil.

“Bila fikir balik, sudah 15 tahun berlalu, tapi rasa macam baru semalam sahaja ayah pergi. Bila ayah sudah tiada, kami sekeluarga macam tiada semangat nak sambut raya. Suram. Baju pun tidak beli, pakai sahaja apa yang ada.

“Saya ingat tiga tahun juga kami hidup begitu. Sampailah saya makin mendewasa, cakap dengan adik-beradik kita tidak boleh terus hidup begini. Memang ayah sudah tiada, tapi setidaknya kami masih ada emak.

“Jadi tahun keempat, kami bina semula semangat nak beraya. Kami perlu beli baju raya semula. Bincang dengan emak warna apa yang belum kami pakai. Kami tidak mahu emak hidup sayu.

“Kalau sekarang kami tidak dapat lagi rasa Mi Siam Singapura masakan ayah. Tapi kami mula hargai roti jala kuah kari emak. Itu menu wajib kami sekeluarga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya