Zii Jia tarik diri Terbuka Switzerland

Zii Jia tarik diri Terbuka Switzerland

LEE Zii Jia ketika mengalami kecederaan buku lali kanannya sewaktu kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sekali lagi berdepan cabaran getir apabila terpaksa menarik diri daripada Terbuka Switzerland yang berlangsung dari 18 hingga 23 Mac selepas kecederaan buku lali kanannya semakin memburuk.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Team LZJ di media sosial hari ini, pemain ranking ketujuh dunia itu mengalami kecederaan pada ligamen buku lali ketika beraksi di All England, menyebabkan dia tidak dapat meneruskan saingan di Basel.

“Team LZJ boleh sahkan bahawa Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Switzerland di Basel disebabkan kecederaan buku lali kanannya.

“Zii Jia akan mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum sebarang pengumuman mengenai rancangan kejohanan akan disertainya dibuat,” menurut kenyataan itu.

Zii Jia sebelum ini mengalami kecederaan sama ketika beraksi di Jelajah Dunia Akhir (WTF) di Hangzhou, Disember lalu dan terpaksa mengetepikan beberapa kejohanan pembukaan musim ini bagi memberi tumpuan kepada pemulihan.

Namun, kepulangannya ke gelanggang tidak begitu meyakinkan apabila terkandas di suku akhir Orleans Masters minggu lalu sebelum tersingkir awal di pusingan pertama All England selepas tewas kepada pemain ranking ke-19 dunia, Angus Ng dari Hong Kong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN