Zii Jia ditunjukkan pintu keluar oleh pemain Ireland

Zii Jia ditunjukkan pintu keluar oleh pemain Ireland

LEE Zii Jia tewas kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen 23-21, 21-7 pada aksi suku akhir Orleans Masters 2025 di Palais des Sports, Perancis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir Orleans Masters 2025 tidak kesampaian selepas tunduk kepada wakil Ireland, Nhat Nguyen di Palais des Sports, Perancis, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan utama, Zii Jia gagal mengekang asakan lawan sebelum tewas dalam pertarungan dua set, 23-21, 21-7 dalam tempoh 39 minit.

Kekalahan ini merupakan satu lagi tamparan buat pemain berusia 26 tahun itu, yang masih bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak awal musim ini berikutan mengalami kecederaan buku lali pada Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember.

Bagaimanapun, Zii Jia tidak mempunyai banyak masa untuk meratapi kekalahan ini kerana perlu segera memberi fokus kepada saingan lebih besar, All England.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu dijadual membuka kempen All England pada Selasa depan menentang Angus Ng Ka Long dari Hong Kong dalam pusingan pertama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN