Wanita 91 tahun masih mampu puasa

Wanita 91 tahun masih mampu puasa

BEDAH Lebar yang berusia 91 tahun masih sihat dan bertenaga berazam berpuasa penuh sepanjang Ramadan ini di Kampung Kuala Wau di Maran, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang wanita berusia 91 tahun dari Kampung Kuala Wau di sini, percaya dia tidak berdepan masalah dan mampu berpuasa penuh pada bulan Ramadan ini seperti mana dilakukannya pada tahun-tahun terdahulu.

Bedah Lebar berkata, dia tidak mengalami komplikasi sebarang penyakit sejak usia muda, cuma kadangkala demam ringan yang sembuh kemudian tanpa memakan ubat.

“Selain kewajiban berpuasa Ramadan, saya mengamalkan puasa sunat. Mungkin inilah rahmat Allah SWT memberikan kesihatan yang baik dan masih bertenaga untuk berjalan dan menanam sayur-sayuran serta ulam untuk makanan sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Bedah, pada bulan puasa ini, dia memasak nasi, menggoreng telur dan sedikit sayur untuk dimakan bersama ulama-ulaman dicicah sambal tempoyak ketika berbuka manakala waktu sahur cuma minum susu.

Katanya, kadangkala jiran terdekat menghantar makanan untuk berbuka puasa dan disimpan untuk dimakan selepas solat tarawih di masjid berdekatan kampung ini.

“Saya tinggal seorang diri di rumah pusaka ini selepas suami meninggal dunia manakala seorang anaknya menetap di tempat lain.

“Saya tanam sayur dan ulam-ulaman di belakang rumah untuk dimasak selain sekali-sekala dapat ikan Sungai Pahang yang dijual oleh nelayan sungai di kampung ini,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya