Tang Jie-Ee Wei semakin retak

Tang Jie-Ee Wei semakin ‘retak’

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei akan 'direhatkan' sehingga hubungan mereka menemukan jalan penyelesaian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kini berdepan dengan krisis dalaman yang semakin meruncing apabila hubungan mereka di gelanggang dikatakan semakin dingin sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Situasi ini memaksa ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto mengambil keputusan drastik dengan menarik penyertaan mereka daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC) bulan depan bagi memberi ruang kepada mereka menyelesaikan kemelut yang melanda.

“Isu ini sebenarnya sudah lama membara, terutama apabila prestasi mereka tidak mencapai sasaran. Saya terpaksa berbincang dengan pihak pengurusan dan akhirnya bersetuju untuk merehatkan mereka daripada BAC bagi mengelakkan keadaan bertambah parah.

“Saya fikir tekanan yang tinggi menjadi punca utama. Sebelum ini ketika mereka masih dalam fasa memburu ranking, hubungan mereka masih stabil walaupun mengalami kekalahan. Namun, sejak Olimpik, keadaan semakin sukar dikawal,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Keputusan ini sekaligus menguatkan spekulasi bahawa gandingan ranking keempat dunia itu berdepan dengan risiko perpisahan sekiranya tiada jalan penyelesaian yang berjaya dicapai dalam tempoh rehat yang diberikan.

Lebih mengejutkan, mereka bukan satu-satunya bintang negara yang menarik diri daripada BAC, apabila pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia juga membuat keputusan serupa, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai persiapan kem badminton negara menjelang kejohanan besar akan datang.

Menurut Nova, keputusan untuk menamatkan gandingan Tang Jie-Ee Wei bukan sesuatu yang mustahil sekiranya tiada perubahan sikap daripada kedua-dua pemain.

“Jika keadaan masih tidak berubah, pemisahan mungkin jalan terakhir. Kita tidak mahu masalah ini terus berulang dan memberi kesan negatif kepada prestasi mereka mahupun pasukan secara keseluruhan.

“Buat masa sekarang, kami akan pantau dalam beberapa hari ini sebelum keputusan akhir dibuat,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya