Shereen tidak perlu tukar acara

Shereen tidak perlu tukar acara

SHEREEN Samson Vallabouy bakal menyertai Kejohanan Dunia Dalam Dewan pada pada 21 hingga 23 Mac ini di China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari 400 meter (m) negara, Shereen Samson Vallabouy akan kekal dalam acara kegemarannya dan tidak akan beralih ke pecut 100m, meskipun ada spekulasi mengenai kemungkinan perubahan acara.

Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard berkata, Shereen berada di landasan yang tepat dalam acara 400m, sekali gus tidak perlu mempertimbangkan sebarang peralihan ke acara lain.

“Shereen berada dalam kategori yang sesuai. Seperti mana-mana pelari 400m yang hebat, mereka perlu memiliki catatan masa 100m yang baik untuk meningkatkan prestasi keseluruhan dalam acara utama mereka. Tetapi, fokus utama Shereen kekal pada 400m,” kata Ballard.

Menurut Ballard, keutamaan kini adalah memastikan Shereen berada dalam kondisi terbaik menjelang Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Nanjing, China yang akan berlangusng padai 21 hingga 23 Mac ini.

“Kami mahu dia beraksi cemerlang di Nanjing. Jika dia mampu menghampiri rekod kebangsaan miliknya sendiri, itu sudah satu pencapaian luar biasa.

“Dia memegang rekod kebangsaan dalam dewan dengan catatan 52.27 saat (s), dan kami yakin dia mampu mencatat masa yang lebih baik,” ujarnya.

Shereen yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dijadual berlepas bersama jurulatihnya pada 17 Mac ini untuk menyertai kejohanan tersebut.

Selain itu, Shereen juga dijangka turun beraksi dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia serta Sukan SEA Thailand pada hujung tahun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya