Shapawi dilantik pengerusi YAKEB

Shapawi dilantik pengerusi YAKEB

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan) bersama Datuk Ahmad Shapawi Ismail ketika pelantikannya sebagai pengerusi baharu Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), hari ini. - FOTO IHSAN FB KBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail kini menerajui Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sebagai pengerusi baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang optimis pengalaman luas Ahmad Shapawi dalam dunia sukan akan memberi nafas baharu kepada YAKEB, sekali gus memastikan kebajikan bekas atlet negara terus terbela.

“Dengan pengalaman luasnya sebagai Ketua Pengarah MSN sebelum ini, KBS yakin beliau berupaya menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang, seterusnya memperkasakan usaha menjaga kebajikan bekas atlet tanah air,” kata kenyataan rasmi KBS.

Ahmad Shapawi sebelum ini dikenali sebagai seorang pentadbir sukan berwibawa yang memainkan peranan penting dalam pembangunan atlet berprestasi tinggi serta pengurusan sukan negara.

Di bawah kepimpinannya, YAKEB dijangka terus memperkukuh peranannya dalam menjaga kebajikan bekas atlet yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Beliau akan dibantu oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah YAKEB bagi penggal 2025-2027, terdiri daripada wakil pelbagai agensi dan bekas atlet berpengalaman, termasuk Hafiz Mat Ramly (Kementerian Kewangan), Chan Hong Jin (KBS), Dr. Ahmad Munawwar Helmi Salim (Institut Sukan Negara), serta beberapa bekas atlet tersohor seperti Normala Abdul Rashid (bola sepak), Sharon Wee (skuasy), Sharmendran Raghonathan (karate) dan Soo Beng Kiang (badminton).

Pelantikan ini turut menyaksikan penglibatan bekas atlet yang dijangka membawa perspektif lebih dekat dengan keperluan golongan tersebut, sejajar dengan matlamat YAKEB untuk terus menjadi badan kebajikan utama buat bekas atlet negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya