Selangor tidak boleh terlalu selesa

Selangor tidak boleh terlalu selesa

KALAMULLAH AL-HAFIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjaga gol Selangor FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi mengingatkan rakan sepasukan supaya terus fokus dan kekalkan momentum sehingga penghujung musim bagi memastikan gelaran naib juara yang dimenangi musim lalu dapat dipertahankan.

Gergasi Merah ketika ini hampir pasti mempertahankan gelaran naib juara Liga Super apabila memiliki kelebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat, Sabah FC.

Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi kini mengumpul 43 mata sementara Sabah FC pencabar gelaran naib juara mengutip 35 mata dengan kedua-dua pasukan masih memiliki baki tiga perlawanan untuk ditempuhi.

“Ada beberapa perlawanan lagi jadi kita tidak boleh ambil mudah dalam baki perlawanan yang ada itu. Kita perlu tetap meraih kemenangan supaya dapat kekal di tangga kedua.

“Saya harap rakan sepasukan dapat terus memberikan yang terbaik sehingga penghujung musim nanti. Selepas seri pada aksi sebelum ini, kita perlu bangkit,” katanya.

Selangor akan berdepan Kelantan Darul Naim FC (KDN) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 8 Mac sebelum berdepan Kuching City FC, seterusnya menutup saingan musim ini dengan melayani kunjungan Terengganu FC (TFC) di laman sendiri.

Gelaran naib juara Liga Super akan memberi peluang kepada Selangor beraksi di pentas Asia sekali lagi, sekiranya Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mempertahankan Piala Malaysia pada musim ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya