Salah belum setaraf Ronaldo di EPL

Salah belum setaraf Ronaldo di EPL

Mohamed Salah (tengah) kini berada di prestasi terbaik dan berpluang untuk menerima anugerah pemain terbaik EPL musim ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pertahanan Manchester United, Mikael Silvestre berpendapat Mohamed Salah masih belum mencapai tahap Cristiano Ronaldo sewaktu pemain Portugal itu beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Salah yang hampir pasti menjadi pemain terbaik EPL musim ini, telah menjaringkan 25 gol dalam saingan liga, selain mencatat 17 bantuan gol sekali gus meletakkannya dalam kedudukan untuk menjadi pemain kedua dalam sejarah EPL yang merekodkan lebih 20 gol serta 20 bantuan gol dalam satu musim.

Jelas Silvestre, walaupun Salah berada pada prestasi cemerlang, membandingkannya dengan Ronaldo adalah sesuatu yang masih perlu dinilai.

“Terdapat perbincangan bahawa dia sedang melalui musim terbaik bagi seorang pemain serangan dalam sejarah liga.

“Namun, bagi saya, Ronaldo tetap menjadi pemain yang menepati piawaian sebenar untuk posisi seperti Salah iaitu seorang pemain sayap yang bukan sahaja menjaringkan gol tetapi juga memainkan peranan sebagai perancang utama pasukan,” kata Silvestre.

Bekas pertahanan Perancis itu, mengakui Salah telah menjadi penyelamat Liverpool dalam beberapa perlawanan penting musim ini dan membantu The Reds meraih mata berharga dalam usaha memburu kejuaraan liga.

Dengan prestasi cemerlang dipamerkan, Salah turut berada dalam perbincangan untuk meraih anugerah Ballon d’Or.

Jika anugerah itu dimenanginya, Salah bakal mengukuhkan status sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah EPL dan Liverpool.

Bintang Liverpool itu kini berpeluang mengakhiri musim dengan penuh gemilang, termasuk membawa pulang gelaran EPL buat kali kedua serta kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah yang diburu Reds ketika ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya