Piala Negara-negara: Shah Firdaus raih emas pertama negara

Piala Negara-negara: Shah Firdaus raih emas pertama negara

MUHAMMAD Shah Firdaus meraih emas menerusi acara akhir keirin lelaki pada Piala Negara-negara di Konya, Turkiye, hari ini. - IHSAN FOTO FB UCI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom akhirnya menamatkan badi apabila meraih pingat emas acara keirin lelaki pada kejohanan Piala Negara-negara di Konya, Turkiye, sebenar tadi.

Lebih manis, ini merupakan pingat emas sulungnya pada kejohanan Kesatuan Berbasikal Antarbangsa (UCI) itu.

Pada perlumbaan akhir yang mendebarkan, Shah Firdaus memulakan saingan di belakang empat pelumba yang bersaing.

Bagaimanapun, pelumba berusia 30 itu mempamerkan kayuhan bertenaga apabila memintas empat pelumba berkenaan pada saat akhir hingga menuju garisan penamat.

Tempat kedua menjadi milik Sebastien Vigier dari Perancis manakala wakil Jepun, Shinji Nakano meraih gangsa.

Untuk rekod, pencapaian terbaik pelumba kelahiran Muar, Johor itu adalah meraih pingat perak menerusi acara keirin di Kaherah, Mesir pada Mac 2023 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya