Penalti saat akhir Pedro bantu Brighton benam Fulham

Penalti saat akhir Pedro bantu Brighton benam Fulham

JOAO Pedro (kiri) meraikan kejayaan selepas perlawanan dengan Yankuba Minteh di Stadium Komuniti American Express, Brighton, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRIGHTON: Penalti Joao Pedro pada masa kecederaan memastikan Brighton & Hove Albion meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Kemenangan itu melonjakkan Brighton ke tangga keenam liga, sekali gus mengukuhkan peluang mereka untuk beraksi di pentas Eropah musim depan.

Perlawanan bermula dengan tempo perlahan sebelum Alex Iwobi mencuri tumpuan dengan larian deras di sayap kanan sebelum menghantar bola tepat kepada Raul Jimenez yang menewaskan Bart Verbruggen pada minit ke-35.

Brighton tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Jan Paul van Hecke menanduk masuk sepakan percuma Yasin Ayari pada minit ke-40, menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu.

Separuh masa kedua berlangsung dalam keadaan tegang dengan kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang berbahaya.

Ketika aksi dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, Pedro dijatuhkan Harrison Reed dalam kotak penalti pada minit ke-95.

Penyerang Brazil itu tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat Brighton di hadapan penyokong sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya