Pemandu treler muatan senget ditahan

Pemandu treler muatan senget ditahan

TANGKAP layar video yang tular menunjukkan sebuah treler membawa muatan senget di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis berjaya mengesan dan menahan seorang pemandu treler yang dirakam memandu secara cuai dengan keadaan muatan senget di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah bertindak sebaik sahaja rakaman berdurasi 36 saat itu tular di media sosial pada Selasa lalu.

Menurutnya, hasil siasatan berjaya mengesan pemandu berusia 23 tahun itu di sebuah syarikat di Negeri Sembilan kira-kira pukul 3 petang, semalam.

“Hasil rakaman keterangan, pemandu mengakui kecuaiannya ketika mengendalikan treler yang membawa kontena dalam keadaan senget dipercayai akibat tidak diikat kemas.

“Tindakan saman telah dikeluarkan mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas, LN 166/1959 kerana membawa muatan berbahaya dan tidak kemas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Wan Azlan, pemandu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 kerana gagal memastikan muatan diikat rapi sebagaimana ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Kesalahan Lalulintas.

Menurutnya, sikap sambil lewa dalam mengendalikan kenderaan berat bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya