Pemandu bas ekspres positif pil kuda - Utusan Malaysia

Pemandu bas ekspres positif pil kuda

SEBAHAGIAN daripada motosikal yang ditahan dalam Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu bas ekspres ditahan kerana dipercayai positif dadah jenis pil kuda atau Methapetamine dalam operasi penguatkuasaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion berkata, pemandu berusia 30 tahun itu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi berkenaan selepas gagal saringan air kencing kira-kira pukul 9.45 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bas yang dipandu lelaki itu sepatutnya membawa penimpang dari Kuala Terengganu ke Pasir Gudang, Johor.

“Kita mengarahkan pihak syarikat mengambil tindakan segera dengan menukar pemandu bas utama itu dengan pemandu gantian bagi memastikan penumpang sampai dalam keadaan selamat.

“JPJ memandang serius isu penggunaan dadah ketika memandu bas ekspres yang sangat merisikokan keselamatan dan nyawa penumpang,” katanya.

Dalam pada itu, Zamri berkata, sebanyak 940 saman dikeluarkan sepanjang operasi tersebut bermula 24 Mac hingga semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya