Pejabat SAM berpindah ke SNBJ

Pejabat SAM berpindah ke SNBJ

PRESIDEN Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Abdul Manap berucap ketika majlis berbuka puasa bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan SAM di sini, semalam. - FOTO IHSAN FB SAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) bakal berpindah ke lokasi baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada minggu kedua April, menandakan satu era baharu bagi persatuan itu.

Presiden SAM, Norismadi Abdul Manap, berkata ruang pejabat seluas 40 kaki itu akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi ahli-ahli persatuan yang membuat liputan di SNBJ dan kawasan sekitarnya.

Pejabat baharu ini bakal memberi kemudahan lebih baik kepada pengamal media sukan dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien dan selesa.

“Kami amat berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana setelah sekian lama berusaha, akhirnya permohonan kami untuk mendapatkan ruang pejabat di Stadium Nasional diluluskan.

“Dengan adanya pejabat di SNBJ, ia akan memudahkan ahli SAM, terutama ketika membuat liputan di stadium atau lokasi berhampiran,” kata Norismadi selepas majlis berbuka puasa bersama KBS dan SAM di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Norismadi turut mendedahkan bahawa SAM merancang untuk memperbanyakkan aktiviti sepanjang 2025 bagi mengeratkan hubungan antara pengamal media sukan di Malaysia.

“Tahun lalu, kami berjaya melaksanakan sekitar 39 program. Tahun ini, sasaran kami adalah antara 30 hingga 40 program, termasuk majlis berbuka puasa seperti yang diadakan hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya