Norris laung keyakinan

Norris laung keyakinan

LANDO Norris menjuarai Grand Prix (GP) Australia di Litar Albert Park, Melbourne pada Ahad. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Lando Norris bersedia menghadapi cabaran baharu di Grand Prix (GP) China hujung minggu ini, termasuk perlumbaan pecut pertama musim ini.

Litar Antarabangsa Shanghai sepanjang 5.451 kilometer bakal menjadi pentas persaingan dengan ciri selekoh panjang dan zon brek berat yang memberi tekanan tinggi kepada tayar.

Keadaan cuaca dijangka panas dan kering sepanjang perlumbaan dengan suhu sekitar 24 darjah Celcius (°C) pada Sabtu dan meningkat kepada 25°C pada Ahad.

“Kami sudah menunjukkan keupayaan di sini tahun lalu walaupun dengan jentera yang kurang kompetitif, jadi saya yakin kami mampu beri saingan hebat kali ini,” kata Norris.

Juara bertahan, Max Verstappen, yang mendominasi perlumbaan di Shanghai musim lalu, bakal berusaha bangkit selepas prestasi hambar di GP Australia.

Di Melbourne, Norris hampir kehilangan kemenangan selepas tergelincir ke kawasan kerikil pada saat akhir, namun masih berjaya mengekang asakan Verstappen untuk muncul juara.

Perlumbaan pecut pada Sabtu akan menjadi ujian awal buat semua pasukan dalam usaha mengutip mata sebelum perlumbaan utama berlangsung pada Ahad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya