MyKad palsu dijual antara RM4,000 hingga RM5,000 - Saifuddin

MyKad palsu dijual antara RM4,000 hingga RM5,000 – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION iSMAIL menunjukkan dokumen yang dirampas pada sidang akhbar JPN, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang juga pemegang kad bertaraf Pemastautin Sementara (MyKas) mengaut keuntungan antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi setiap keping MyKad palsu yang dijual.

Lebih berani, tindakan mencetak MyKad palsu itu dilakukan di rumahnya di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur lengkap dengan pelbagai kelengkapan mencetak.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 31 tahun itu akhirnya terbongkar susulan serbuan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, suspek adalah suami kepada seorang wanita tempatan dan suspek ditahan susulan penahanan seorang lelaki pada 7 Mac lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, JPN merampas set lengkap peralatan mencetak MyKad palsu, termasuk komputer riba, pencetak, mesin laminasi, cakera keras serta enam MyKad.

“Terdapat dua MyKad ditemukan dalam serbuan itu, manakala empat lagi disahkan palsu.

“Lelaki itu dipercayai menjalankan kegiatan pemalsuan secara bersendirian, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan wujud rangkaian lebih besar dalam sindiket ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek sudah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu dan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana memiliki MyKad palsu serta kad pengenalan milik orang lain.

Saifuddin berkata, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan kepada suspek pertama manakala suspek kedua dipenjara 10 bulan dan denda RM3,000.

“Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar denda menyebabkan tempoh penjara ditambah tiga bulan lagi, menjadikan jumlah hukuman 13 bulan penjara.

Katanya, JPN akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memalsukan dokumen pengenalan diri negara, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan dalang lain dalam sindiket ini.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial, Hafis Aliaziz mendedahkan kad pengenalan miliknya yang hilang 12 tahun lalu telah disalah guna oleh pihak lain dengan membeli telefon bimbit berharga RM14,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya