Mickey kembali menyinar

Mickey kembali menyinar

PEMAIN Selangor, Faisal Halim meraikan gol jaringannya selepas meledak hatrik ketika membantu Selangor FC membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) FC 7-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas kariernya hampir terkubur kerana menjadi mangsa simbahan asid pada Mei tahun lalu, Faisal Halim bangkit untuk membuktikan namanya masih ‘ada’ dalam arena bola sepak Malaysia.

Kejayaan Faisal yang lebih popular dengan gelaran Mickey meledak hatrik ketika membantu pasukannya membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) FC 7-0, kelmarin membuktikan dirinya sudah kembali berada di prestasi kemuncak.

Tiga jaringan yang dihasilkan itu juga berjaya membantu Gergasi Merah mengesahkan gelaran naib juara Liga Super dan peminat mengharapkan ia menjadi titik kebangkitan Mickey untuk kembali kepada prestasi terbaik.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan pemain kelahiran Mengkuang Titi, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang itu juga sudah bersedia menyarung jersi Harimau Malaya sekiranya diberikan peluang oleh Peter Cklamovski.

Menurut Faisal, jaringan hatrik itu merupakan hadiah bermakna buat rakyat dan penyokong bola sepak Selangor selain pihak pengurusan yang sentiasa berada di belakang ketika berdepan detik sukar.

“Terima kasih kepada semua penyokong. Terima kasih kepada rakyat Selangor, tiga gol ini, tiga gol untuk anda semua, untuk rakyat Selangor, untuk pasukan Selangor. Terima kasih kepada kawan-kawan saya, terima kasih pengurusan, terima kasih penyokong Selangor,” katanya.

Sebelum menjadi mangsa simbahan asid, Faisal merupakan tonggak utama dalam skuad Harimau Malaya dan beliau melakar sejarah apabila jaringan turut dinobatkan sebagai gol terbaik Piala Asia 2023.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya