Marquez juara GP Thailand

Marquez juara GP Thailand

MARC Marquez meraikan kejayaannya menawan Grand Prix (GP) Thailand di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURIRAM: Marc Marquez memulakan musim 2025 dengan penuh bergaya apabila menjuarai Grand Prix Thailand, mencatat kemenangan pertama sebagai pelumba pasukan utama Ducati meskipun berdepan detik cemas di awal perlumbaan.

Pelumba lapan kali juara dunia itu menyapu bersih kejohanan di Litar Antarabangsa Chang selepas memenangi sesi kelayakan, perlumbaan pecut dan perlumbaan utama sekali gus membuktikan kehebatannya di jentera baharu.

Marquez yang bermula dari petak utama terus memimpin perlumbaan sebelum secara mengejut memperlahankan jenteranya di pusingan ketujuh, memberi ruang kepada adiknya, Alex Marquez (Gresini Ducati), untuk mengambil alih kedudukan pendahulu.

Namun, Marquez kembali mengatur strategi dan menunggu masa sesuai sebelum memintas semula Alex di selekoh terakhir pada pusingan ke-23, seterusnya menjarakkan diri sehingga garisan penamat dengan kelebihan 1.732 saat.

Kemenangan ini menyaksikan Marquez mengungguli kedudukan kejuaraan dunia dengan kelebihan lapan mata, sekali gus memberi amaran awal kepada pencabarnya bahawa dia bersedia untuk menguasai musim ini.

Alex terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala juara bertahan Francesco Bagnaia (Ducati Factory) melengkapkan kedudukan podium selepas gagal memberikan cabaran dalam fasa akhir perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya