Malaysia gagal lepasi peringkat kumpulan kuadran campuran

Malaysia gagal lepasi peringkat kumpulan kuadran campuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran Malaysia dalam acara kuadran campuran menemui titik noktah selepas ditimpa dua kekalahan dalam saingan Kumpulan A pada Piala Dunia Sepak Takraw 2025 di Bihar, India, malam tadi.

Skuad negara yang membuka aksi menentang Thailand dalam perlawanan pembukaan terpaksa akur apabila tunduk 17-16, 16-17, 10-15.

Malaysia yang berusaha bangkit berjaya menebus kehampaan selepas melakar kemenangan mudah ke atas Sri Lanka 15-2, 15-4 untuk mengutip mata sulung skuad kebangsaan.

Pada pertemuan ketiga yang merupakan aksi terakhir peringkat kumpulan, Malaysia terdesak memburu kemenangan bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila menyaksikan Malaysia tewas straight set kepada Myanmar 8-15, 12-15.

Kerap melakukan kesilapan servis yang memberikan mata mudah kepada lawan telah menjadi punca kekalahan pasukan negara.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia sekadar menghuni tempat ketiga Kumpulan A dan setakat ini, hanya dua gangsa berjaya di bawa pulang ke tanah air menerusi acara kuadran wanita serta beregu lelaki.

Dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, beregu lelaki Malaysia yang diwakili gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin serta Shaharil Aiman selaku pemain simpanan tewas kepada Thailand 9-15, 17-15, 15-17 pada separuh akhir di Stadium Tertutup Patliputra.

Malaysia kini hanya berbaki satu lagi acara iaitu regu wanita yang akan bermula hari ini bagi saingan peringkat kumpulan.

Pasukan negara yang diundi di dalam Kumpulan A akan membuka aksi mereka bertemu tuan rumah, India pada pukul 4.15 petang waktu tempatan (6.45 petang waktu Malaysia).

Pada hari sama, skuad negara juga akan bermain menentang Poland pada pukul 6.30 petang (9 malam waktu Malaysia).

Sementara itu, skuad lelaki tidak menyertai acara regu kerana kategori tersebut hanya dianjurkan secara jemputan pada Piala Dunia kali ini di mana pasukan pilihan seperti Thailand dan Malaysia tidak bertanding. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya