Malaysia gagal ke final quardant wanita, tewas kepada Vietnam 0-2

Malaysia gagal ke final quardant wanita, tewas kepada Vietnam 0-2

IHSAN FB PSM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia gagal dalam usaha untuk mencipta sejarah melangkah ke perlawanan akhir dalam acara quadrant wanita selepas kecundang kepada Vietnam pada separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw Istaf 2025 di Bihar, India, hari ini.

Vietnam yang merupakan pasukan kedua terkuat di dunia bukan tandingan skuad kebangsaan apabila barisan pemain negara tewas 11-15, 5-15 di Stadium Tertutup Patliputra.

Bagaimanapun, sekalung tahniah kepada barisan srikandi negara yang sekurang-kurangnya berjaya mara ke separuh akhir.
Fokus skuad sepak takraw wanita negara selepas ini sudah boleh dialihkan kepada acara regu yang hanya akan bermula Isnin ini.

Malaysia yang diundi di dalam Kumpulan A akan membuka aksi mereka bertemu tuan rumah, India pada pukul 4.15 petang waktu tempatan (6.45 petang waktu Malaysia).

Pada hari sama, skuad negara juga akan bermain menentang Poland pada pukul 6.30 petang (9 malam waktu Malaysia).
Sementara itu, dalam saingan lelaki, acara beregu bermula, esok, dan Malaysia bakal berdepan jadual padat apabila akan turun beraksi dalam empat perlawanan peringkat kumpulan.

Malaysia yang diundi di dalam Kumpulan A akan menghitung pertemuan dengan Taiwan, Vietnam, India dan Poland.

Ketua jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan, Ahmad Jais Baharun ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, esok, merupakan peluang untuk pasukan lelaki menebus kecewaan mereka selepas gagal mara ke suku akhir dalam acara quadrant.

“Kita ada empat perlawanan untuk acara beregu dan ini peluang para pemain memantapkan lagi persembahan pasukan bagi menebus kekecewaan dalam acara quadrant, saya harap pemain fokus untuk saingan, esok,” katanya.

Malaysia yang diletakkan di dalam Kumpulan B, tunduk di tangan Vietnam menerusi kekalahan straight set 12-15, 5-15.
Kekalahan itu menyaksikan pasukan lelaki negara sekadar berada di tempat ketiga dalam Kumpulan B dan sekali gus, tidak layak ke peringkat seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya