Malaysia bawa pulang tiga pingat gangsa di Bihar

Malaysia bawa pulang tiga pingat gangsa di Bihar

BEREGU lelaki Malaysia gagal pertahan pingat emas yang dimenangi mereka di Kuala Lumpur pada edisi 2024, selepas sekadar meraih gangsa pada Piala Dunia Sepak Takraw 2025 di Bihar, India. - Ihsan Warisan Takraw.My
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menutup aksi pada Piala Dunia Sepak Takraw 2025 di Bihar, India dengan hanya membawa pulang tiga gangsa selepas pingat terakhir diraih menerusi regu wanita, hari ini.

Pada separuh akhir, regu wanita negara yang rata-rata dibarisi pemain muda tewas mudah kepada Thailand 4-15, 2-15 di Stadium Tertutup Patliputra.

Kekalahan itu melengkapkan penampilan pasukan negara di Bihar dengan tiga pingat gangsa menerusi kuadran wanita, regu wanita dan beregu lelaki.

Ini bermakna Malaysia gagal mengulangi pencapaian cemerlang pada edisi 2024 yang menyaksikan skuad negara mencipta kejutan menggondol dua pingat emas dalam acara beregu dan regu lelaki mengetepikan Thailand selaku pasukan pilihan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dengan acara regu lelaki hanya dianjurkan sebagai acara jemputan oleh tuan rumah, menyaksikan Malaysia tidak berpeluang mempertahankan pingat emas tersebut.

Selepas berakhir Piala Dunia, skuad kebangsaan bakal mengharungi Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa.

Kejohanan yang bakal menarik penyertaan 15 buah negara itu akan dilangsungkan pada 9 hingga 18 Mei ini dan skuad kebangsaan berpeluang menebus kehampaan di Bihar dengan kategori regu merupakan acara mandotori.

Selain regu, tiga lagi acara bakal dipertandingkan ialah beregu, kuadran dan berpasukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya