Lubang benam ketiga dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing - Utusan Malaysia

Lubang benam ketiga dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing

LUBANG benam ketiga dikesan di laluan Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di Gua Musang, Kelantan awal pagi hari ini. FOTO: IHSAN JKR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kejadian lubang benam ketiga dikesan berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian lubang benam ketiga itu berlaku pada pukul 1.30 pagi tadi dengan jarak tujuh meter daripada lubang benam kedua.

Katanya, sehubungan itu, pengguna jalan raya yang ingin ke Cameron Highlands, Pahang atau Ipoh, Perak dinasihatkan terus menggunakan laluan alternatif Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh-Cameron Highland.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR), lubang benam itu berlaku dari arah Gua Musang ke Cameron Highland.

“Lubang benam itu dianggarkan sedalam lima meter dan laluan tersebut ditutup kepada semua kenderaan atas nasihat daripada pihak JKR,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kejadian lubang benam sedalam enam meter di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing dikesan pada 23 November tahun lalu sehingga menyebabkan laluan dari arah Lojing terpaksa ditutup satu lorong.

Kejadian lubang benam kedua sedalam sembilan meter berlaku pada 12 Disember lalu di lokasi sama dengan jarak lima meter dari lubang benam pertama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya