Liverpool kukuh cengkaman takhta liga

Liverpool kukuh cengkaman takhta liga

DARWIN Nunez meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol penyamaan semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool dan Southampton di Anfield, Liverpool, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Darwin Nunez menjadi watak utama dalam kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Southampton, dengan satu gol dan satu penalti yang diperolehnya membantu pasukan itu terus menguasai Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Liverpool kini mengumpul 70 mata selepas 29 perlawanan, melebarkan jurang kepada 16 mata di puncak liga berbanding Arsenal yang berada di tempat kedua dengan 54 mata dan dua perlawanan dalam tangan.

Southampton mengejutkan Anfield apabila Will Smallbone membuka jaringan pada masa kecederaan babak pertama selepas kesilapan Alisson Becker dan Virgil van Dijk memberi peluang kepadanya untuk menyudahkan bola dari sudut sukar.

Liverpool bangkit garang selepas rehat, dengan Nunez menyamakan kedudukan pada minit ke-51 selepas menerima hantaran cantik daripada Luis Diaz yang berjaya melepasi dua pertahanan lawan.

Tiga minit kemudian, Smallbone mengasari Nunez dalam kotak penalti, membolehkan Mohamed Salah menyempurnakan sepakan dari jarak 12 ela untuk meletakkan Liverpool di depan.

Salah memastikan kemenangan selesa apabila menyempurnakan penalti kedua pada minit ke-87 selepas bola terkena tangan Yukinari Sugawara dalam kotak penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya