Krisis dalaman atau kecederaan?

Krisis dalaman atau kecederaan?

Lee Zii Jia bersama Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuat keputusan untuk menarik diri pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China, April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejutan buat kem badminton negara apabila, jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, dan gandingan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, membuat keputusan mengejut menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, yang bakal berlangsung pada 8 hingga 13 April ini.

Zii Jia yang juga juara Asia 2022, sekali lagi menarik diri selepas berundur dari Terbuka Switzerland minggu ini akibat kecederaan buku lali yang masih belum pulih sepenuhnya.

Keputusan ini membuka peluang buat pemain muda, Justin Hoh, yang berada dalam senarai simpanan untuk beraksi di kejohanan berprestij tersebut.

Lebih mengejutkan, pasangan beregu campuran Tang Jie dan Ee Wei turut menarik diri, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa hubungan mereka di gelanggang semakin goyah selepas kekalahan mengejut di pusingan pertama All England minggu lalu.

Dengan penarikan diri mereka, Malaysia bakal diwakili oleh pasangan ranking ke-53 dunia, Yap Roy King-Valeree Siow. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya