Keys tewas mengejut di tangan pemain wildcard

Keys tewas mengejut di tangan pemain wildcard

MADISON KEYS - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pemain No. 5 dunia, Madison Keys tersingkir daripada Terbuka Miami selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain wildcard dari Filipina, Alexandra Eala yang berusia 19 tahun.

Eala melakar kemenangan 6-4, 6-2 dan dia meraikan kemenangan tersebut bersama pasukannya dengan penuh bersemangat selepas menjadi wanita pertama dari Filipina menewaskan pemain 10 terbaik dunia sejak system ranking diperkenalkan pada 1975.

Eala, juara perseorangan wanita dalam kejohanan remaja Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2022 menjalani Latihan di akademi Rafael Nadal di Mallorca sejak berusia 13 tahun.

“Semasa membesar, ia sangat sukar. Anda tidak mempunyai sesiapa dari tempat asal anda untuk membuka jalan. Sudah tentu, anda mempunyai ramai orang untuk dijadikan idola di seluruh dunia, tetapi saya rasa saya harap ini dapat membawa tenis Filipina ke tahap yang lebih tinggi,” kata Eala.

Keys, yang sebelum ini tewas kepada Aryna Sabalenka di separuh akhir Indian Wells, mengakui dia prestasinya tidak berada di tahap terbaik.

“Saya rasa servis saya tidak berfungsi dengan baik hari ini (kelmarin) dan saya rasa agak lesu malah apabila anda bermain menentang seseorang yang mengembalikan banyak bola dan menyerap serangan dengan baik, itu bukanlah kunci kejayaan,” kata Keys.

Dalam pada itu, Iga Swiatek menewaskan Elise Mertens dengan keputusan 7-6 (7/2), 6-1 untuk mengesahkan tempatnya ke pusingan 16 terbaik di kejohanan WTA 1000 untuk acara ke-25 berturut-turut.

Swiatek yang berada di tempat kedua tidak pernah tewas sebelum pusingan 16 di peringkat ini sejak Cincinnati 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya