Kemelut tidak selesai, tuntutan lafaz cerai bersambung Mei - Utusan Malaysia

Kemelut tidak selesai, tuntutan lafaz cerai bersambung Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Hasrat pelakon dan pelawak, Along Cham untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga hari ini gagal apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai ditangguhkan kepada tarikh baharu.

Perkara itu diputuskan oleh hakim Muhamad Nazri Basrawi selepas dokumen yang dilampirkan Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad tidak lengkap.

Oleh itu, hakim memutuskan 8 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan baharu bagi pengesahan lafaz cerai yang dipercayai berlaku pada Jun tahun lalu.

Pada masa sama, hakim turut memerintahkan Along melantik peguam syarie mewakilinya bagi memudahkan proses dan juga bagi tujuan pembelaan.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad yang ditemui di perkarangan mahkamah di sini, selepas selesai prosiding tengah hari tadi berkata dia akan memfailkan penyata tuntutan baharu, hari ini.

“Ada kesilapan komunikasi ketika saya mengisi borang berkaitan lafaz cerai yang dibuat pada Jun 2024, selepas dua bulan kami berkahwin. Jadi saya kena buat pemfailan semula.

“Kalau ikutkan cerai memang sudah berlaku, saya lega bila hakim pun katakan nak sahkan apa lagi kerana ia sudah berlaku. Cuma saya kena tunggu keputusan rasmi selepas pemfailan semula.

“Saya tidak melantik peguam atas nasihat dari pihak pejabat agama, mereka katakan untuk tuntutan pengesahan, tak perlu.

“Jadi saya tak sangka pula ada kesilapan teknikal. Insya-Allah selepas ini saya akan lantik peguam sebab defendan pun bawa peguam,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, di sini.

Bagaimanapun, peguam syarie mewakili Afreena , Mohamad Iezwan Ielias berkata pihak mahkamah meminta pihak Along untuk perbetulkan penyata tuntutan agar segala dokumen dilampirkan secara teratur.

“Mahkamah tidak mahu proses ini caca marba, kerana dokumen yang dimasukkan ada berlakunya pertindihan, patutnya nombor dua jadi nombor satu. Jadi yang itu mahkamah minta betulkan dulu.

“Pihak kami tiada bantahan untuk kes ini dibicarakan terus, tapi disebabkan berlakunya kesilapan jadi mahkamah terpaksa tangguh sebab kena masukkan penyata tuntutan yang sudah dipinda. Kami pula akan masukkan pembelaan,” katanya.

Afreena pula mengakui agak kecewa apabila perkara itu tertangguh berikutan kesilapan dokumentasi.

“Perkara ini sudah lama sangat tertangguh, bukan sebulan atau tiga bulan, malah lebih dari enam bulan,” katanya.

Terdahulu, Along memfailkan permohonan lafaz cerai taklik terhadap Afreena di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 10 Februari lalu sebagaimana mengikut alamat kediamannya.

Along dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu, dia sepatutnya sudah memfailkan cerai lafaz taklik itu pada 16 Disember tahun lalu, tetapi ditahan polis akibat memiliki ganja pada 14 Disember.

Menurut Along, isterinya sudah melanggar lafaz taklik yang membabitkan tiga perkara itu sepanjang perkahwinan mereka.

Pada 28 Januari lalu, Along hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi memfail dan mengesahkan lafaz cerai taklik terhadap Afreena yang didakwa sudah melanggarnya.

Bagaimanapun, urusan berkenaan tidak dapat dibuat apabila Along dimaklumkan perlu menguruskannya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kerana mengikut alamat kediaman.

Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan mereka berdua. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya