Kemaraan dua beregu negara ke suku akhir, dibayangi kecederaan Pearly

Kemaraan dua beregu negara ke suku akhir, dibayangi kecederaan Pearly

PEARLY Tan-M. Thinaah menewaskan pasangan Indonesia, Apriani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadanti 21-16, 21-14 pada aksi pusingan kedua All England di Utilita Arena, Birmingham, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M.Thinaah menjadi mangsa kepada peraturan mengarut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang tidak membenarkan pemain yang ditimpa kecederaan menerima rawatan di tepi gelanggang.

Dalam perlawanan peringkat 16 terbaik pada Kejohanan Badminton All England di Birmingham, England, hari ini, Pearly mengalami kecederaan apabila buku lalinya terseliuh sewaktu beraksi menentang Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadanti dari Indonesia.

Gandingan No. 5 dunia itu sedang mendahului 21-16, 15-7 sebelum Pearly hilang keseimbangan lalu terjatuh yang mengakibatkan buku lalinya cedera di Utilita Arena Birmingham.

Walaupun, pasukan perubatan di bawa masuk ke dalam gelanggang, tetapi, kehadiran mereka sekadar melihat tanpa dibenarkan memberi rawatan dan mujur Thinaah bertindak bijak membawa ubat semburan bagi meredakan kesakitan yang ditanggung pasangannya itu.

Pearly yang enggan mengaku kalah, kelihatan terhincut-hincut masuk ke dalam gelanggang dan semangat juang tinggi membawa mereka kepada kemenangan set kedua 21-14 bagi menutup aksi tanpa perlu diheret sehingga ke rubber set.

Esok, Pearly-Thinaah bakal menghadapi laluan yang lebih sukar apabila dijadual menentang pilihan ketiga, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun dan diharapkan Pearly dapat mengatasi isu kecederaannya menjelang aksi suku akhir tersebut.

Turut mengikut jejak langkah Pearly-Thinaah, beregu campuran No. 3 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang terlebih dahulu menempah slot ke suku akhir selepas mudah membenam Alexander Dunn-Julie MacPherson dari Scotland 21-9, 21-10 hanya dalam masa 25 minit.

Gandingan China yang diletakkan sebagai pilihan kelima, Jiang Zhen Bang-Huang Dong Ping menanti pilihan pertama kejohanan itu dalam usaha mereka memburu tempat ke separuh akhir.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa beregu lelaki No. 2 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk merangul gelaran sulung pada kejohanan tertua di dunia itu.

Diletakkan sebagai pilihan kedua, gandingan No. 1 Malaysia itu tunduk kepada pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 16-21, 13-21 dalam masa 36 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya