Kejayaan Tun Hakim di AS hasil dana sendiri

Kejayaan Tun Hakim di AS hasil dana sendiri

TUN Hakim Tun Hasnul Azam menjuarai Jelajah Persatuan Boling Profesional (PBA) selepas menewaskan Kevin McCune 269-227 dalam saingan akhir stepladder di National Bowling Stadium Reno, Nevada, Amerika Syarikat (AS), hari ini. - IHSAN FOTO FB PBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pemain boling negara, Tun Hakim Tun Hasnul Azam mencipta sejarah apabila menjadi atlet Malaysia pertama menjuarai Jelajah Persatuan Boling Profesional (PBA) di Nevada, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Mohammed Najeeb Abdullah berkata, kejayaan Tun Hakim merupakan satu kebanggaan, namun ia hadir menerusi perbelanjaan sendiri tanpa sebarang bantuan kewangan.

Menurutnya, sejak dua tahun lalu, atlet negara tidak menerima bantuan kewangan untuk bertanding di luar Asia, menyebabkan mereka terpaksa mencari dana sendiri bagi merealisasikan impian bersaing di peringkat profesional.

“Pemain negara mengeluarkan lebih RM30,000 setiap seorang untuk berada di Amerika Syarikat hampir sebulan, tanpa sebarang sokongan kewangan daripada mana-mana pihak.

“Saya dan beberapa rakan sempat bertemu mereka sebelum berlepas ke AS dan melihat semangat mereka begitu tinggi, meskipun terpaksa berkorban dari segi kewangan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar menjelang Boling Terbuka Malaysia 2025, di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung MTBC, Maradonna Chok, menjelaskan bahawa kejohanan PBA dan Jelajah Boling Profesional Wanita (PWBA) adalah laluan profesional yang tidak termasuk dalam program tajaan badan induk negara.

Menurutnya, tumpuan utama diberikan kepada kejohanan yang menyumbang mata dalam ranking Asia, manakala kejohanan di Eropah dan AS tidak termasuk dalam sistem pemarkahan tersebut.

“Kos untuk menghantar pasukan ke AS sangat tinggi, jadi perjanjian antara MTBC dan Majlis Sukan Negara (MSN) hanya meliputi kejohanan di Asia.

“Disebabkan itu, MTBC memberi kebebasan kepada atlet yang mahu bersaing di luar Asia untuk bertanding atas inisiatif sendiri tanpa bantuan kewangan daripada kami,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya