Jun Hao tewas tipis kepada Nishimoto

Jun Hao tewas tipis kepada Nishimoto

LEONG Jun Hao tewas kepada pemain Jepun, Kenta Nishimoto 21-17, 20-22, 22-20 pada aksi pusingan kedua Terbuka Switzerland 2025 di St. Jakobshalle, Basel, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao memberikan tentangan sengit sebelum tunduk kepada wakil Jepun, Kenta Nishimoto dalam aksi pusingan kedua Terbuka Switzerland 2025, sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di St Jakobshalle, Basel, Jun Hao mempamerkan aksi bertenaga sebelum tewas 21-17, 20-22, 22-20 dalam pertarungan sengit selama satu jam 40 minit.

Pemain negara berusia 26 tahun itu berjaya mencuri set kedua dan hampir mencipta kejutan, namun Nishimoto tampil lebih berpengalaman dalam detik-detik penting set penentuan.

Walaupun tewas, Jun Hao membuktikan keupayaannya mampu bersaing dengan pemain ranking lebih tinggi dan terus menunjukkan perkembangan positif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya