Jefri dilantik Ketua Pengarah MSN

Jefri dilantik Ketua Pengarah MSN

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baharu, Jefri Ngadirin (lima dari kiri) ketika Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN, di Bukit Jalil, hari ini. - IHSAN FOTO MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah yang baharu menggantikan Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak pada 3 April ini.

Menerusi kenyataan MSN, pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah MSN Ke-10 berkuatkuasa pada 4 April 2025 itu diumumkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan oleh  Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, di Bukit Jalil pada hari ini.

“Jefri, 52, memulakan kerjaya di MSN sebagai pegawai di Bahagian Pembangunan pada 1993.

“Beliau kemudiannya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di University of Miami, Florida, Amerika Syarikat sebelum kembali meneruskan khidmat di MSN pada 1999,” kata kenyataan terbabit.

Antara tanggungjawab dipikulnya dalam MSN ialah Ketua Unit Sukan Teras, Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah Bahagian Atlet sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) pada 8 Januari 2024. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya