Jae Rak kini ketua jurulatih memanah kebangsaan

Jae Rak kini ketua jurulatih memanah kebangsaan

KIM Jae Rak (dua dari kiri) pernah mengendali skuad sandaran kebangsaan pada 2005 hingga 2011. - IHSAN FOTO FB NAAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) mengesahkan pelantikan Kim Jae Rak sebagai ketua jurulatih memanah kebangsaan yang baharu, menggantikan Lee Jae-hyung yang telah menerajui skuad sejak 2001.

Menurut kenyataan NAAM, Jae Rak tiba di Malaysia pada 19 Mac dan terus menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan bermula semalam.

“Jurulatih dari Korea Selatan itu memiliki pengalaman luas dalam membimbing atlet memanah di peringkat antarabangsa.

“Sebelum ini, beliau pernah menjadi jurulatih pasukan sandaran Elit Malaysia dari 2005 hingga 2011.

“Sepanjang tempoh itu, Kim berjaya melahirkan beberapa pemanah yang kini menjadi tonggak utama negara,” kata kenyataan itu.

Sebelum kembali ke Malaysia, beliau melatih pasukan wanita Universiti Wonkwang di Korea Selatan, salah satu pasukan memanah universiti terbaik di negara itu.

Kedudukan Lee Jae-hyung mula goyah sejak November lalu selepas NAAM melakukan rombakan besar dalam struktur kejurulatihan pasukan.

Langkah itu diambil susulan kegagalan skuad memanah negara membawa pulang sebarang pingat dalam empat edisi berturut-turut sejak Olimpik London 2012, meskipun layak secara merit.

Untuk rekod, Lee Jae-hyung sebelum ini pernah membimbing jaguh memanah negara, Khairul Anuar Mohamad, ketika atlet itu muncul naib juara dunia pada 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya