Ingebrigtsen dahagakan takhta 1,500m dunia

Ingebrigtsen dahagakan takhta 1,500m dunia

JAKOB Ingebrigsten. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelari jarak sederhana sensasi Norway, Jakob Ingebrigtsen, nekad untuk menamatkan penantian kejuaraan dunia dalam acara 1,500 meter (m) musim ini.

“Saya mahu lakukan yang terbaik, menyertai sebanyak mungkin perlumbaan, tetapi 1,500m tetap keutamaan dan matlamat utama saya.

“Saya percaya masih ada ruang untuk peningkatan dan yakin mampu terus berkembang dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” kata Ingebrigsten.

Pelari berusia 24 tahun itu sudah tiba di Nanjing untuk Kejohanan Dunia Dalam Dewan dan akan kembali ke Asia pada September bagi Kejohanan Dunia di Tokyo, lokasi dia merangkul emas Olimpik 2021.

Namun, meskipun bergelar juara Olimpik dan dua kali juara dunia dalam acara 5,000 meter, kejuaraan dunia 1,500 meter masih belum menjadi miliknya.

Dua kali berturut-turut dia terpaksa berpuas hati dengan perak di Kejohanan Dunia, tewas kepada Jake Wightman di Eugene 2022 dan Josh Kerr di Budapest 2023.

Musim ini, dia menunjukkan prestasi luar biasa dengan memecahkan rekod dunia dalam acara batu dan 1,500 meter selain mempertahankan kejuaraan berganda 1,500-3,000 meter di Kejohanan Eropah.

“Saya rasa lebih kuat dan berada di landasan terbaik untuk akhirnya mencapai apa yang saya impikan,” katanya.. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya