Impian Soon Huat-Shevon musnah

Impian Soon Huat-Shevon musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai  untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Switzerland tidak kesampaian selepas tersingkir di suku akhir kejohanan itu, sebentar tadi.

Pasangan negara terpaksa akur selepas tewas straight set 18-21, 10-21 kepada gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi yang berlangsung di St. Jakobshalle, Basel.

Dechapol-Supissara yang juga juara Terbuka Malaysia 2025 nyata lebih dominan dalam perlawanan itu, terutama pada set kedua apabila berjaya mengawal rentak permainan dan tidak memberi ruang kepada Soon Huat-Shevon untuk bangkit.

Kekalahan ini sekali gus menamatkan cabaran beregu negara yang sebelum ini tampil sebagai juara edisi 2024, manakala Thailand kini semakin kukuh sebagai pencabar utama dalam saingan beregu campuran dunia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya